1. Pejamkanlah matanya dan mohonkanlah ampun kepada Allah Swt. atas segala dosanya.
Bila sudah jelas bahwa seseorang insan itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka dari itu ada beberapa masalah yang perlu dilakukan ke atas Jenazah dengan segera oleh saudara mara yang masih hidup sebelum ia dimandikan. Jika mata si mayat masih terbuka, seharusnya ia ditutup serapat-rapatnya dengan cara di urut kelopak matanya berulang kali secara perlahan-lahan.
Pada waktu yang sama, hendaklah menyebut nama-nama Allah yang baik serta mendoakan dan memohon ampunan dari Allah S.W.T. di atas segala dosa dan kesalahannya semasa hidupnya. Ini dilakukan berdasarkan arahan Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis yang di Riwayatkan oleh Ahmad Bin Ibn Majah.
2. Tutuplah seluruh badannya dengan kain sebagai penghormatan dan agar tidak kelihatan auratnya.
Seluruh tubuh badan Mayat hendaklah ditutup dengan segera sebagai tanda penghormatan kepadanya. Ia juga harus memastikan bahwa auratnya tidak terlihat oleh orang lain. Sementara kain penutup Mayat seharusnya kain yang bersih tetapi bukan dan jenis yang tebal. Amalan menutup seluruh tubuh badan Mayat adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W.
Artinya :-
“Dan Aisyah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. ketika mana Baginda wafat, Baginda ditutup dengan kain”.
3. Ditempatkan di tempat yang aman dari jangkauan binatang.
4. Bagi keluarga dan sahabat-sahabat dekatnya tidak dilarang mencium si mayat.
No comments:
Post a Comment